Rabu, 8 Julai 2015
Elakkan Komplikasi sewaktu Berpuasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Macam mane puasa kali ni? Terjejas x kesihatan? Maklumlah cuaca tak menentu kan... Lame dah tak update blog..sibuk sikit dengan rutin harian dan persiapan nak raye hihi... Kita masih lagi berada di dalam bulan ramadan kan so belom terlambat lagi saya nak share sikit pasal penjagaan kesihatan di bulan mulia ni.
Berpuasa sebenarnya takde la memudaratkan malah memberi pelbagai manfaat kesihatan. Menurut kajian, berpuasa dapat memperkecilkan peredaran darah sebagai perimbangan untuk mencegah keluarnya keringat dan wap melalui pori-pori kulit serta saluran kencing tanpa perlu mengantikannya dan secara tidak langsung menurunkan peredaran darah.
Proses tersebut memberi kesempatan otot jantung, masa untuk rehat setelah berkejar keras setahun lamanya. Selain itu, berpuasa juga memberi kesempatan kepada sistem pencernaan untuk beristirehat kerana bila kita berpuasa, perut dan usus berehat selama beberapa jam daripada berkerja.
Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh kerana tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberi sedikit kejutan kepada sistem tubuh. Namun kita perlu kenal perubahan pada diri sendiri dan bertindak sewajarnya bagi komplikasi tersebut.. Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa ok..
Berikut merupakan antara komplikasi sewaktu berpuasa dan cara untuk mengatasinya:-
1. DEHIDRASI
Punca- Jumlah air dalam badan kurang daripada normal dan ini boleh menganggu keseimbangan elektrolit dalam badan.
Simptom - Biasanya warna air kencing akan bertukar kuning gelap, berbau kuat, rasa lemah dwn lesu sehingga rasa hampir pitam, sakit kepala dan mulut yang begitu kering.
Rawatan- Minum air kosong sebanyk mungkin ketika berbuka dan bersahur. Cuba ekalkan minuman berkefein seperti minuman berkabonat atau kopi dan teh terutamanya ketika bersahur. Ia akan membuatkan badan kita cepat kering kerana bersifat diuretik iaitu mengalakkan pengeluaran urin.( kerap kencing).
2. SEMBELIT
Punca - Terjadi ketika bulan puasa kerana pengambilan makanan bergula ringkas terlampau tinggi dan disebabkan kekurangan air serta kekurangan serat dalam diet harian.
Simptom - Boleh menyebabkan buasir.
Rawatan - Kurangkan pengambilan gula ringkas, tingkatkan pengambilan air dan pastikan jumlah serat cukup dalam makanan.
3. KETIDAKHADAMAN DAN ANGIN.
Punca - Selalu terjadi apabila kita terlebih makan makanan berminyak, bergoreng, pedas dan makanan berangin seperti kubis dan minuman berkarbonat.
Simptom - Berangin sehingga menyebabkan pedih hulu hati.
Rawatan - Jangan terlebih makan semasa berbuka puasa, kurangkan makanan bergoreng dan lebihknan makanan seperti sup dan masakqn stim( kukus).
4. KELESUAN DAN TEKANAN DARAH RENDAH.
Punca - Pengambilan air yang tidak mencukupi.
Simptom - Lemah, lesu, berpeluh dan pening. Lebih kerap terjadi apabila masuk waktu tengaharin dan petang.
Rawatan - Tingkatkan pengambilan air dan kalau boleh minum sedikit minuman bergaram. Digalakkan segera berjumpa doktor.
5. PENING KEPALA.
Punca - Kebanyakan kes disebabkan simptom menyisihkan kafein dan tembakau ( caffein and tobacco withdrawl).
Simptom - Sakit kepada dan angin tidak baik.
Rawatan - Berhenti pengambilqn kafein dan tembakau seminggu dua sebelum puasa secara berperingkat dan perlahan-lahan. Gantikan dengan kopi atau teh herba atau bebas kafein.
Moga tips ini dapat membantu anda semua .. Disamping itu juga Shaklee juga ada produk dan suplement yang boleh membantu anda mengatasi komplikasi ini. Antaranya yang sanagt laku dab terlajak laris adalah kombinasi set 3 Gems yang terdiri daripada ESP , PerfomenceOrange Drink dan Milk Shakes. Tiga suplemen ini dapat membantu kita lebih bertenaga sepanjang seharian berpuasa..
Anda boleh dapatkan set ini dengan harga yang berpatutan dari saya dan saya akan beri anda konsultasi secara percuma.
Anda boleh terus hubungi saya ditalian 011-23373164 dan 011-20994286 Boleh terus call/ sms atau wassap..
Boleh juga pm saya di facebook( Ayuzie Yuzie) dan instagram( ayuzieyuzie).
#kredit Mingguan Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)