Sabtu, 29 Ogos 2015

Susu Ibu Sahaja ( 6 Bulan Pertama)


  Assalamualaikum dan salam sejahtera..

  Pe kabar semua? Lame rasenye tak update blog. Bersawang da hihi..
So malam ni nak kemas-kemas balik blog dan update. Kali ni saya nak share sikit pasal kepentingan susu ibu secara ekslusif pada 6 bulan pertama. Ini bermakna  memberi SUSU IBU sahaja. Air masak, susu formula, susu lain, air glukos dan makanan lain tidak perlu diberi dalam 6 bulan pertama.

Kerana:-
  
√  Susu ibu mengandungi 88% air.
√  Bayi akan mendapat air yang secukupnya setiap kali menyusu.
√  Susu ibu mengandungi cukup air dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dari lahir sehingga
    berumur 6 bulan.
√  Bayi yang menyusu susu ibu tidak akan mengalami masalah penghadaman kerana susu ibu
    mudah dihadam. Maka bayi tidak perlu air tambahan.
√  Jika anda rasa bayi anda dahaga atau panas, susui la bayi anda dengan lebih kerap.


Ada banyak tau kebaikan susu ibu ni. Bukan untuk baby je tok ibu sekali yang menyusukan baby.

  Antara kebaikan susu ibu:-

Kepada bayi..

√  Mengandungi semua nutrien yang lengkap dan sesuai untuk tumbesaran bayi dan kecerdasan minda (IQ).
√  Mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada  jangkitan kuman, alahan, cirit-birit, radang oaru-paru.
√  Mudah dihadam.
√  Mengurangkan risiko diabetes dan obesiti semasa kanak-kanak.

Kepada ibu..

√   mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
√   Mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan.
√  Menjarakkan kehamilan dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
√  Mengembalikan bentuk badan kembali kepada bentuk asal.
√  Menjimatkan masa Dan Wang.
√  Mengurangkan risiko kanser payudara Dan ovari.
√  Mengurangkan risiko kerapuhan tulang Dan anemia.

Kepentingan Sentuhan Kulit Me Kulit Sejurus Lepas Bersalin..

√  Mengeratkan kasih sayang antara ibu Dan bayi.
√  Member kehangatan kepada bayi.
√  Merangsang pengaliran susu.
√  Menggalakkan pengkolonian bakteria bail daripada badan ibu kepada
    bayi.
√  Membantu menstabilkn paras gula dalam Sarah bayi.

Kepentingan Permulaan Awal Untuk Penyusuan Susu Ibu.

√  Merangsang penghasilan dan pengaliran susu Ibu.
√  Memastikan bayi mendapat kolostrum(susu awal bewarna mining pekat)
√  Mengandungi bahan laksatif until melawaskan pembuangan najis Hiram
    ( mekonium).
√  Memastikan kejayaan penyusuan susu Ibu secara ekslusif.

Kepentingan Ibu Bersama Bayi ( Rooming- In ) 24 Jam Sehari.

√  Dapat menyusukan bayi mengikut kehendak bayi.
√  Mengeratkan kasih sayang antara Ibu dan bayi.
√  Meneruskan penyusuan susu Ibu sepenuh masa.
√  Mengekalkan penghasilan dan pengaliran susu.
√  Penyusuan pads waktu malam dapat meningkatkan pengeluaran susu.
√  Ibu lebih yakin dan bayi tidur lebih nyenyak.

Kepentinan Susu Ibu mengikut Kehendak Bayi (on -demand) Atau Dorongan Bayi ( baby led-feeding) Atau Bayi Menunjukan Tanda- TNda Ingin Menyusu ( feeding cues).

√  Susukan apabila bayi lapar dan Ibu merasakan payudara penuh.
√  Kejutkan bayi jika tidur terlalu lama.
√  Tidal menghadkan tempoh dan kekerapan penyusuan.
KEPENTINGANYA:-
√  Mengekalkan penyusuan until tempoh Yang lama.
√  Mengurangkan bengkak payudara.
√  Bayi mendapat perlindungan dari jaundis dan pelbagai penyakit.
√  Meningkatkn berat badan bayi.


Kepentingan Penyisuan Susu Ibu Dengan Kerap Untuk Memastikan Penghasilan Susu Ibu Yang Mencukupi.

a) Tanda bayi cukup susu > bayi kencing 6-8 Kali sehari.
                                               > bayi buang air besar 3-4 Kali sehari.
                                               > kulit bayi licin dan tegang.
                                               > otot bayi pejal.
                                               > bayi aktif dan kurang menangis.
                                               > berat bayi beryambah.
b) Bagi menghasilkan susu yang mencukupi:-
    > susukan bayi dengan kerap mengikut kehendak Ibu dan bayi.
       Bagi Ibu yang berkerja √ lakukan perahan di tempat kerja.
                                                √ beri susu perahan kepada bayi.
                                                √ teruskan penyususn secara langsung pada waktu
                                                    malam.
   > tidak member I makan dan minuman lain selain dari susu Ibu sahaja dalam
      6 bulan pertama.
   > pastikan posisi dan pelekapan yang betul.
   > amalkan pemakanan yang seimbang dan air yang secukupnya.

Kepentingan Posisi Dan Pelekapan Yang Baik Semasa Penyusuan Susu Ibu.




Pelekapan penyusuan



A) POSISI IBU
     √ selesa dengan belakang badan bersandar.
     √ jika Ibu duduk, ampu kaki supaya tidal tergantung.
     √ ampu payudara dengan keempat-empat jari tangan di bawah dan Ibu jari di
         bahagian atas (jauh sikit Dari aerola). Cara ini dinamakan pegangan C.



Pegangan C


B) POSISI BAYI
    √ kedudukan badan selari ( kepala, bahu dan badan bayi lurus).
    √ bayi rapat ke arah ibu ( bawa bayi kepada payudara Ibu ).
    √ bayi diampu ( pads kepala dan bahu ).
    √ bayi mengadap payudara Ibu ( hidung bertentangan dengan puting
       payudara).










Bagaimana Memastikan Penyusuan Awal Dapat Dimulakan.

1. Lakukan sentuhan kulit me kulit.
2. Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda bayi bersedia untuk menyusu ( feeding cues ).
     √ membuka mulut dan mencari-cari payudara.
     √ Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir.
     √ Menghisap atau memamah jari, tangan, selimut, kain atau sebarang objek yg menyentuh bibir bayi.
     √ Mengerak-gerakn kepalanya ke kiri dan ke kanan.
     √ Bayi mengeluarkan bunyi eangekan yang perlahan ( soft whimper sounds ) atau mungkin
         menangis.
3. Elakkan penggunaan botol susu dan puting tiruan kerana:-
    √ bayi boleh keliru puting dan enggan menyusu terus ke payudara.
    √ bayi yang diberi puting tiruan akan kurang kerap menyusu dan menyebabkan pertumbuhan lambat.

Risiko Pemberian Susu Formula Dan Susu Gantian.

1. Mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit dan penyakit kronik separti:-
      > jangkitan usus, cirit-birit, sistem pernafasan, telinga dan salur kencing.
      > ekzema dan lain-lain keadaan alahan.
      > keradangan usus besar yang serius ( necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang.
      > perkembanan IQ yang rendah.
      > diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi ( junenile diabetes).
      > tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak.

2. Risiko kontaminasi dan kesilapan yang bole berlaku semasa penyedian, pemberian dan penyimpan
    susu rumusan bayi.
3. Kos yang mahal diperlukan untuk pembelian susu rumusan bayi n peralatannya.
4. Bayi yang telah diberi susu rumusan sukar untuk diperkenalkab dengan susu ibu jika susu rumusan t
     tidak mahu dteruskan.


   Jadi ibu-ibu sangat digalakkan memberi susu Ibu sebaik sahaja kelahiran.
Ingat ye susu Ibu adalah jenama susu tebaik dunia. Tidal ada dijual dipasaran OK. Bertapa istimewanya susu Ibu ni kan?  Shaklee ada set until membantu ibu-ibu until meningkatkan penghasilan susu. Terdapat set asas dan set lengkap..
Anda boleh dapatkan stock Dari kami did shaklee yang berdaftar.











Hubungi kami di:-

011-23373164 yuzie
017-2365486 alynn

Fb:- Ayuzie yuzie
IG:- @ayuzieyuzie

Kredit artikel:- unit pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
Kredit








  



Ahad, 9 Ogos 2015

Masalah Jeragat Dalam Kalangan Warga Asia



 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pekabar korang?. Masih mood raye ke? De yg naik berat badan leps raye ni? Hihi mesti adekn.. X pe lepas ni boleh diet semule. Make sure ambil set kurus shaklee tau. Lebih selamat , halal dan berkesan.

   Tapi arini saya nak share pasal jeragat. Haa.. Bile umur dah masuk 30 ni mula la masalah ni akan timbul. Jeragat atau melasme adalah salah satu maealah kulit yang biasa dalam kalangan penduduk asia umumnya dan Malaysia khasnya. Di Asia Tenggara ia berara di tempat 10 teratas dalam masalah kulit yang dihidapi dan kaum wanita lebih kerap terlibat. Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau warna coklat tua. Kadangkala ia berwarna hitam terkumpul di muka biasanya bertompok, di pipi mahupun di dahi atau dagu. Perkara asas yang perlu dilakukan adalah merawat dari dalam dan luaran. Ini penting kerana jeragat sukar hilang dengan hanya merawat dari luaran dengan memakai pelbagai jenis krim dan pelembab.

   Sebab-sebab Terjadinya Melasma ( JERAGAT )

1. Terdedah kepada cahaya matahari terik.
2. Penggunaan hormon, contohnya pil perancang.
3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai.
4. Keturunan.

   Rawatan Untuk Melasme.

   Matlamat rawatan melasme ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigmen sediaada dan yangvkedua adalah untuk menghalang pigmen baru terbentuk.
Caranya adalah:-

1. Pengelupasan Kimia.

Ini melibatkanpenggunaan larutan kimia untuk menghasilkan pengelupasan kulityang mengandungilapisan melasme. Ia agak berkesan untuk melasme tetapi harus diikuti dengan oenjagaan kulit yang rapi. Hasilnya, lebih kurang 50% ke 70% melasme akan kurang. Ia lebih sesuai untuk melasme epidermal.

2. Krim Dan Sunblock.

Sunblock sepatutnya digunakan sejak remaja. Jika anak-anak menggunakan sejak muda, ia bukan saja boleh mengelak pigmentasi dihari tua, malah mengekalkan kandungan kolagen daripada dirosakan oleh UV matahari. Kandungan kolagen yang tinggi dikulit muka boleh melambatkan proses penuaan wajah.  Penggunaan Sunblok dengan SPF 35 ke atas adalah dicadangkan.

3. Laser.

Cara ini lebih berkesan untuk Hori's Neaves dan Solar Lategines. Kerana gelombang laser iniboleh masuk jauh ke dalam lebih jauh. Rawatan ini juga sesuai untuk melasme dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).

4. Mikroderma Brasion Dan HV Iontophoresis.

Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan pengelupasan secara mekanikal. Ia kemudianya diikuti dengan rawatan Vit C  Iontophoresis yang akan mencerahkan  kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit anjal dan tebal.


   So itu adalah rawatan secara klinikal. Ia mungkin merumitkan dan menelan kos yang agak tinggi. Shaklee juga ada menyediakan set untuk mereka yang mempunyai masalah jeragat. Ia terdiri dari ESP, Vitamin C, Vitamin E dan  Gla Complex.


 Kredit Dari Akhbar Mingguan ( kesihatan ).