Selasa, 13 Disember 2016

Produk shaklee hebat dan berbeza

Assalamualaikum..harini nak bagitau kenape produk shaklee special and different dengan produk kesihatan Dan makanan tambahan yang Ada dipasaran.

Kalau Hebat Sangat, Kenapa Takde Jual di Farmasi, Tesco, Giant semua tu?

Korang tahu tak kenapa Produk Shaklee tiada dijual di farmasi dan kedai ubat?

Sebab produk Shaklee TERLALU EKSKLUSIF dan sangat BERKUALITI...
hanya boleh didapati melalui pengedar berdaftar dan cawangan Shaklee sahaja!!

Korang memang takkan jumpa di mana-mana toko jamu ke, kedai ubat ke, farmasi ke..
Tak seperti jenama vitamin tambahan yang korang jumpa di pasaran yang mana korang boleh dapatkan dengan mudah.

Tetapi...mudahkah korang membuat pilihan terBAIK?
Adakah sekiranya sesuatu jenama vitamin tambahan itu mahal, maka produknya juga berkualiti?

Sama sekali TIDAK!!

Mengapa saya katakan begitu??

Cuba korang fikir...sebelum sesuatu produk itu berada di pasaran sama ada di kedai atau farmasi atau pasaraya, dah berapa kali ia berpindah tangan?

Pengeluar》Pengedar》Pemborong》Peruncit》Pengguna

4 KALI menyebabkan harga kos juga naik 4 kali ganda!!!

Mungkin harga sebenar produk cuma separuh atau suku daripada harga yang korang bayar.
Dah rugi kat situ...
Kenapa bayar lebih jika sebenarnya korang boleh dapat vitamin tambahan yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan?

TIADA KOS TERSEMBUNYI!!!
Chewah...macam iklan kad kredit pulak...hehe

Kalau korang pilih produk Shaklee, tiada kos tersembunyi.
Produk dijual terus kepada pengguna.
BEST kan?

Pengeluar (Shaklee) 》Pengedar Shaklee 》Pengguna (ANDA!!)

Tiada sebarang kos tambahan seperti pengangkutan, pengiklanan, pemasaran dan lain-lain lagi yang boleh membuatkan harga produk meningkat berkali-kali ganda berbanding harga kos sebenar. Sebab itulah korang takkan pernah nampak sebarang iklan Shaklee sama ada di tepi jalan, tepi highway, tepi flyover malah iklan di media massa seperti pesaing-pesaing rapatnya..

Kos pengiklanan semua tu memakan kos yang sangat tinggi, yang sebenarnya korang yang bayar!

Kenapa korang perlu bayar lebih untuk semua tu?
Jangan menzalimi diri sendiri.
Korang layak menerima yang terbaik.

Sekiranya produk Shaklee terpaksa melalui pelan pemasaran sebegitu, saya jamin hanya golongan kelas atasan yang mampu membelinya.

Kualiti sangat penting...bukan jenama.

Biar namanya diharumkan kerana kualitinya, bukan kerana harganya.

Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Dijamin HALAL dan LULUS KKM

Pengedar Sah Shaklee
Yuzie 011-2099 4286

Jumaat, 5 Februari 2016

insulin dan diabetes






Vitamins with love...






Assalamualaikum..saya Rosmayuzie, pengedar shaklee berdaftar sejak tahun 2015 ID shaklee 1184501. COD AREA BANDAR BARU SERTING, BAHAU DAN KAWASAN BERDEKATAN. POS SELURUH MALAYSIA

Thursday 4 February 2016

Bagaimana vivix membantu pesakit diabetis/kencing manis?

INSULIN SEMBUHKAN DIABETES? 
===========================

Selalu kita dengar pesakit DIABETES akan diberi INSULIN kan? Sebenarnya INSULIN tidak dapat menyembuhkan DIABETES. INSULIN hanya akan membantu pesakit DIABETES untuk terus hidup. 

Pesakit DIABETES tidak mati kerana ketinggian paras gula dalam darah. Sebaliknya, mereka terpaksa bertahan menghadapi komplikasi jangka panjang. Paras gula yang tinggi dalam darah dalam janggamasa yang panjang boleh membawa komplikasi berikut :

+ Serangan Jantung (arterosklerosis)
+ Masalah Mata (retinopati)
+ Masalah Neurologi/Saraf (Neuropati)
+ Tekanan Darah Tinggi
+ Masalah ginjal (kegagalan buah pinggang)
+ Jangkitan kuman disebabkan sistem imun yang rendah

Jika orang terdekat kita mengalami Diabetes, kita mesti berusaha membantu melambatkan atau terus mencegah komplikasi diatas bermula seberapa mampu yang boleh. Ianya membantu melanjutkan usia, malah yang lebih penting meningkatkan kualiti hidup orang tersayang. 

Bagaimana Vivix Membantu Mengawal Kencing Manis?

Ramuan vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan memperlahankan atau mengurangkan sindrom resistansi insulin.

Ramuan vivix mampu meningkat pembentukan mitokondria, dan seterusnya menggalakkan peningkatan tenaga didalam sel Vivix membantu membaikpulih sel-sel dalam badan yang telah rosak. Perlu diketahui setiap hari sejuta serangan berlaku merosakkan sel DNA manusia. Disebabkan Vivix satu-satunya supelement yang mampu menembusi DNA manusia, jadi vivix bertindak membaiki dan melindungi sel-sel DNA manusa dengan ifisien.Vivix juga membantu melambatkan kerosakkan sel dalam badan manusia.Vivix juga membantu melambatkan penuaan sel dan merupakan supelement anti-penuaan terbaik didunia.

Bagaimana Resvratrol membantu pesakit DIABETES?

2 cara resvratrol membantu tubuh kita :-

1) Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.

- Insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetis. Jika sensetiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan masalah Diabetis.

- Apabila tubuh hilang sensetiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Fungsi Resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin. Oleh itu, ia membantu mengawal dari insulin keluar berlebihan untuk mengawal aras gula dalam darah tersebut.

2) Mengaktifkan enzim yang berkuasa pada tubuh kita

- Mencegah atau menyembuhkan diabetis, satu enzim yang dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini berfungsi tehadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Jom dapatkan vivix sekarang dengan harga ISTIMEWA. Anda juga mungkin memperolehi KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA! 

Hubungi saya Yuzie
011-23373164(whatsapp)
011-20994286 telegram
Fb:  Ayuzie Yuzie
Ig: @Myvitashop_shaklee




Khamis, 10 September 2015

27 Cara Latih Si Kecil Seawal 1Dan 2 Tahun




   Assalamualikum dan salam sejahtera. Macam mane arini? Tengah buat ape tu? Berehat sambil melayan anak-anak?. Hari ni saya nak kongsi pasal cara melatih anak kecil yang berumur 1 ke 2tahun. Latihan ini dapat membantu perkembangan anak. Idea dan cara  ini merangkumi kraf, muzik dan lukisan.
Ia mudah untuk anda, mudah untuk si kecil. Pasti anda dan si kecil sibuk depanjang hari.Artikel ini saya petik dan olah dari majalah Pa&Ma.

  Jom kita lihat satu-satu:-

1. Kemas Baju
    Ambil pakaian yang hendak dibasuh dan sebutkan warnanya. Kemudian biarkan anak memasukkan pakaian itu ke dalam bakul pakaian untuk dibasuh.


2. Mewarna
    Beri si kecil air, kertas lukisan dan berus. Dan biar dia 'cat' mengikut kreativitinya.


3. Main Pasir 
    Letak sedikit pasir dalam bekas dan masukkan mainan kecil yang disembunyikan di dalamnya. Berikan penyedok pasir kecil untuk dia mulakan pencarian " harta karun" itu.


4. Permaian Adunan.
   Ambil tepung dan air. Biarkan si kecil anda mengaulnya dengan senduk kayu. Buatkan adunan itu menjadi bebola kecil. Ini akan jadi pengalaman yang menabjubkannya!.


5. Pilih Dan Cari.
   Guna gula-gula yang berwarna-warni dan letakkan dalam mangkuk. Si kecil akan menghasingkan gula-gula mengikut warna dalam bekas yang berlainan.


6. Laman Web.
   Cari laman web yang mempunyai karektor yang menjadi kegemaran si kecil. Pastikan lamanweb itu berwarna-warni daan mempunyi lagu.


7. Bersihkan.
   Biarkan dia membasuh pinggan plastiknya. Berikan span dan bekas dipenihu buih sabununtuk dia membasuh. Si kecil akan merasa dirinya dihargai.


8. Anak Patung Kecil.
   Keluarkan anak patung lamanya. Sudah lama dia tidak bermain dengan mainan itu sudah pastidia akan menyukai mainan lamanya itu.


9. Menari Dan Membaca.
   Dapatkan buku yang mempunyai CD. Setelah si kecil berseronok melihat gambar yang berwarna-warni dalam buku, dia akan menari mengikut rentak muzik dalam CD itu.


10. Teka Barang Mainan.
   Bungkus beberapa barang mainan kesukaannya. Biarkan dia membukanya untuk meneka mainan itu... Jangan guna terlala banyak pelekat. Biarkan dia membuka dengan mudahpembalut itu.


11. Album Gambar.
   Guna bulu nota dan beberapa keping gambar anda, suami dan keluarga. Bantu anak anda untuk menampal gambar itu sambil bertanya adakah dia mengenali orang dalam gambar itu.


12. Main Buih.
      Tiup buih sabun. Anda boleh membuat buih sabun ketika si kecil mandi dengan syampu dan mandian badanya.


13. Ikut Saya.
    Biarkan si kecil anda mengikut anda melompat-lompat,menari, berjalan dengan pantas dan duduk. Kemudian anda pula mengikut pergerakannya.


14. Permainan Muzik.
    Mainkan muzik, kemudian beritahu dia perlu duduk dengan cepat apabila muxik berhenti. Pasti si kecil suka!.


15. Buat Peti Surat.
      Guna bekas bijirin lama dan cat warna merah untuk buat peti surat. Potong kertas untuk membuat sampul surat dan setem untuk dia poskan ke dalam peti surat buatan itu. Dia akan merasa bangga apabila diberi tanggungjawab.


16. Rakam Aksinya.
   Rakam aksinya. Kemudian tunjukkan kepadanya aksi-aksi yang mencuit hati. Pasti dia akan gembira melihat rakaman aksi spontannya.


17. Ke Taman Permainan.
   Bawa bola dan anak patung bersama. Anda dan si kecil pasti seronok bermain bersama dengan udara pagi yang segar.


18. Kentang Bercorak.
   Potong kentang beberapa keping dan bentukkan beberapa saiz dan corak pada kentang. Biarkan si kecil menyapu pewarna air dan menampalkan di atad kertas lukisan. Lihat dia berjaya lakukannya!.


19. Buat Kolaj.
   Kanak-kanak suka menampal. Gunakan kertas warna-warni, kapas dan kain untuk fitampal.


20. Kuih Tart.
   Si kecil pasti suka membuat gulungan pastri apabila membuat kuih tart.


21. Permainan Pasta.
   Berikan dia pasta. Contohnya spegeti yang kering, mamgkuk dan bekas minuman plastik. Biarkan dia bermain dengannya.


22. Minuman Petang.
   Sediakan kain dan buatkan makanan untuk si kecil minum petang. 'Jemput' sekali anak patungkesayangannya ' minum ' bersama-sama.

23. Alam Semulajadi.
   Biarkan dia keluar sekitar rumah. Berikan dia bakul untuk dia kumpul daun dan bunga.

24. Lampu Isyarat.
   Anda adalah polis dan si kecil adalah kereta. Apabila anda berkata ' merah'  dia akanberhentu. Dan apabila ' hijau', dia akan bergerak.


25. Cerita Lucu.
   Ceritakan satu kisah lucu. Dan anda ketawa. Pasti si kecil turut ketawa sama.


26. Khemah.
  Susun kerusi dan letakkan kain di atas kerusi itu seakan khemah. Biarkan dia berimeginasi seketika.


27."Kilang" Ais Krim.
   Letakkan satu skop ais krim warna krim dalam mangkuk. Kemudian biarkan dia pilih aiskrim berwarna untuk diletakkan pada bahagian atasnya sebagai hiasan.

   Ok sekarang ibu-ibu dah dapat idea dan cara nak melatih si kecil kn. Nanti boleh cube buat satu-satu ye. Buat bersama si kecil pasti seronok.

Nak cuba dan dapatkan makanan. ambahan untuk si manja?
Boleh terus hubungi saya ditalian 011-23373164/011-20994286 melalui whatapps stau telegram. Anda juga boleh pm saya di FB Ayuzie Yuzie atau IG @myvitashop_shaklee 

Selasa, 8 September 2015

Kenali Nutrisi Penting Sepanjang Hamil

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khanar korang semua? De ibu yang sedang hamil tak?. Arini saya nak share pasal nutrusi yang penting sepanjang kehamilan. Anda sedia maklum, makanan sihat sangat penting. Apatah lagi bila sedang hamil. Ini kerana makanan yang anda ambil amat besar ertinya buat pertumbuhan dan perkembangan si manja. Sebaik sahaja kandungan masuk trimester kedua, pertumbuhan janin mula berkembang pesat terutamanya otak si manja. So anda memerlukan gizi seimbang yang optimum.
  
   Amalan pemakanan yang buruk dapat menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Bukan pada anda sahaja malah bayi juga. Si ibu mungkin menderita anemia dan kurang khasiat makanan. Bayi pula mungkin akan lahir dengan berat badan yang rendah atau lahir pra matang. Atau lebih buruk lagi bayi tak sempat dilahirkan akibat keguguran. Jika selama ini anda sudah biasa dengan pola makan yang tak sihat, jangan risau. Belom terlambat lagi untuk mengubah tabiat itu.

   
 KARBOHIDRAT

   Sumber makanan ini sangat penting bagi menghasilkan tenaga bagi mennghasikkan tenaga yang diperlukan tubuh. Namun, ia perlulah diambil dalam jumlah yang sederhana. Manakala pelbagai jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, miniral dan serat seperti roti, mee, pasta, kekacang, sayuran berkanji ( kentang) dan karbihidrat ringkas seperti buah-buahan, susu, produk tenusu dan sayu-sayuran. Kekurangankarbihidrat bole menyebankan anda kelesuan dan letih apatah lagi ketika sarat mengandung.



PROTEIN

Protein yang turut dikenali sebagai sumbet zat pembangun dapat diperoleh daripada daging lembu, ayam, ikan, makanan laut, telur putih, susu dan kekacang. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengambil protein yang kurang berlemak. Tanpa protein yang mengcukupi terutamanya sumber ikan, anda sukar untuk memperolrh kebaikan asid lemak yang baik untuk perkembanan otak janin.



BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN.

   Kedua-dua jenis makanan ini sangat kaya dengan serat. Pengambilannya dalam jumlah yang seimbang dapat membantu anda mengelakkan diri daripada mengalami masaah sembelit yang biasa terjadi kepada ibu hamil. Kandungan vitamin yang terdapat dalam buah dan sayurdapat membantu penyerapan zat besi. Namun , elakkan daripada memilih buah dan sayuran yang dikatogerikan sebagai " sejuk" dan " tajam".



AIR

Pengambilan sumber air tidak kiralah air kosong, susu, sup atau sebagainya perlulah dalam anggaran 8 ke 9 gelas sehari. Akan tetapi tambahkan jumlah pengambilannya jika berhadapqn dengan cuaca yang panas. Air amat penting bagi mengelakkan anda mengalami dihedrasi yng juga menjadi punca pandangan anda menjadi kabur untuk tempoh tertentu.



ZAT BESI.

   Sumber makanan ini amat anda perlukan bagi menghindar diri daripada amenia. Tanpa zat besi yang cukup , tubuh tidak dapat membuat sel-sel darah merah dan jaringan tubuh serta organ tidak akan mendapat oksigen yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.  Jumlah keperluan harian adalad 27 hingga 30 mg besi. Zat besi daripada haiwan lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding dari buah dan sayuran. 



KALSIUM.

   Amat dioerlukan untuk pertumbuan tulang dan gigi janin serta melindungi anda darioada  osteoporosis dan gigi yang rapuh. Jika keperluan kalsium bayi tak mencukupibbmaka bayi akan menyerapnya dari tulang anda. Sumber yang kaya dengan sayuran hijau , kekacang, susudan produk tenusu. Anda memerlykan sekhrang-kurangnya 1000 - 1500 mg kalsium setiap hari. Ambillah sekurang-kurangnya 4 gelas susu sehari untuk memperoleh bekalan kalsium mencukupi.



ASID FOLIK.

   Banyak terdapat pada sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam dan brokoli. Keperluan asid folik ialah 400mcg terutamanya di 12 minggu pertama kehamilan.kekurangannasid folik boleh menganggu perkembangan otak dan spina bifida bayi.




VITAMIN B KOMPLEKS.

Sumber makanan ini berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung.agar dapat berfungsi dengan normal. Vitamin B ini juga dapat membantu mengatasi sterss dan kemurungan.Ia juga dapat ditemiu dalam biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran, telur dan produk tenusu.






VITAMIN D.

Amat baik dalam pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.






VITAMIN E.

Dalam usaha membentuk sel darah merah yang sihat, makanlah gandum, kekacang  dan sayuran hijau.







Kedapa sesiapa yang ingin membeli produk-produk shaklee, anda boleh hubungi kami di talian:-

011-23373164 yuzie
017-2365486 alynn

FB:- Ayuzie Yuzie
        Lily Alynn
IG:- ayuzieyuzie








Kredit artikel dari:- Majalah Pa&Ma
                                    (Pandangan dari Datin Farah Diba Khan)
                                     Ketua Pakar Diet Di Prince Court Medical Center K.L
Kredit imej:- google




   

Jumaat, 4 September 2015

Cerita Tentang Nutrisi



  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak cerita pasal nutrisi. Selama ni ramai diantara kita hanya tahu vitamin baik untuk kesihatan tetapi tidak secara mendalam. Untuk mengetahui lebih terperinci tentangnya. Jom baca artikel ni.







Vitamin A

Kenapa diperlukan?
√ Untuk mengalakkan penghasilan dan memperbaikitisu badan.
√ Ke arah pembentukan mata yang sihat dan penglihatan malamyang baik.
√ Agar sistem imunisasi tubuh kuat.

Sumbernya:-
Hati dan minyak ikan, telur, susu, lobak merah, keledek, bayam,sayuran hijau, picdan aprikot.

# NOTA:-  Vitamin A boleh jadi toksik sekiranya diambil dalam dos yang tinggi.




Asid Amino

Kenapa diperlukan?
√ Untuk menghasilkan hormon, enzim dan protien dalam tisu dan otot. Ada 9 asid amino penting yang perlu diambil daripada makanan dan 11 lagi boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh.

Sumbernya:-  
Daging, ikan, hasil tenusu, telur dan kekacang.




Vitamin B1 ( Thamin )

Kenapa diperlukan?
√ Bagi menukarmakanan kepada tenaga
√ Melancarkan fungsi saraf
√ Untuk tumbesaran otot

Sumbernya:-
 Gandum tulen, bijirin dan kekacang


Vitamin B2 ( Riboflavin )

Kenapa diperlukan?
√ Untuk menghasilkan tenaga
√ Bagi memastikan agar sel darah merah sentiasa sihat
√ Untuk menghasilkan hormon tubuh

Sumbernya :- 
Hasil tenusu, daging, sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan bayam.






Vitamin B3

Kenapa diperlukan?
√  Bagi menghasilkan tenaga
√ Penting untuk proses penghadaman, pesdaran darah dan fungsi saraf
√ Menambah selera makan

Sumbetnya:- 
Haiwan ternakan, ikan, bijirin, kekacang kering dan kacang pis




Vitamin B5 ( Asid Pantothenic )

Kenapa diperlukan? 
√  Untuk menukarkan makanan kepada tenaga
√ Sangat diperlukan untuk penghasilan hormon penting, vitamin D dan sel darah merah

Sumbernya:- Dalam hampir kebanyakan makanan.







Vitamin B6 ( Pyridoxine )

Kenapa diperlukan?
√ membanti menukarkan makanan kepada tenaga
√ Mengekalkan tahap kesihata sel darah merah
√ Menghasilkan antibodi
√ Mengekalkan fungsi saraf
√ Meningkatkan sistem imunisasi badan
√ Membantu mengelakkan penyakit jantung

Sumbernya:- Haiwan ternakan, ikan , telur dan bijirin.

NOTA:- Pengambilan vitamin B6 dalam dos yang tinggi bole menyebabkan kesukaran menyimbangkan tubuh dankecederaan pada saraf.

Vitamin B12 ( Cobalamin )

Kenapa diperlukan?
√ Mengeluarkan tenaga daripada makanan
√ Memastikan sel darah merah berada dalam keadaan baik.
√ Membantu mengekalkan sistem sarsf tubuh
√ Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
√ Membantu mengelakkan madalah jantung

Sumbernya:- Produk tenusu, daging tanpa lemak, ikan, haiwan ternakan dan telur


Biotin

Kenapa diperlukan?
√ Until memproses lemak, protein dan karbohidrat semasa metabolisms
√ Membantu memindahkan karbon dioksida

Sumbernya:- Keju, hati lembu, bunga kubis, telur, cendawan, Dada ayam, salmon dan bayam.


Vitamin C

Kenapa diperlukan?
√ Until membantu menyembuhkan luka
√ Menguatkan salur darah
√ Membina rangka tisu badan
√ Menyihatkan gusi dan membentik Gigi serta tulang yang kuat

Sumbernya:- Buah-buahan sitrus, strawberi, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu batu dan pasli.


Kalsium

Kenapa diperlukan?
√ Untuk menyokong tulang, Gigi dan tisu otot
√ Mengawal degupan jantung, fungsi saraf dan pembekuan darah

Sumbernya:-
Produk tenusu, susu soya, salmon bersama tulangnya, sayuran berdaun hijau seperti brokoli.


Karbohidrat

Kenaoa diperlukan?
√ Untuk membekalkan makanak pada tubuh
√ Penting untuk keseimbangan makanan harian.

Sumbernya:-
Buah-buahan, sayuran, nasi, roti, mee, pasta dan bijirin.


Vitamin D

Kenapa diperlukan?
√ Membantu tumbesaran tulang dan menguatkan gigi.

Sumbernya:-
Susu, kuning telur dan ikan seperti ikan hering, kipper dan mackerel.




Vitamin E

Kenapa diperlukan?
√ Bertindak sebagai antioksida berkesan untuk melindungi membran sel.
√ Penting untuk sel darah merah.
√ Membantu pernafasan dan melindungi paru-paru daripada pencemaran.

Sumbernya:-
Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau, biji benih, kekacang, makanan laut, epal, lobak merah dan saderi.


Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6

Kenapa diperlukan?
√ Untuk membina membran sel, hormon dan prostagladin.

Sumbernya:-
Minyak sayuran seperti canola, walnut, jagung, kacang soya dan minyak ikan.



Serat

Keapa diperlukan?
√ Untuk merenahkan tahap kolestrol dan gula dalam darah.
√ Membantu sistem perkumuhan.
√ Mampu mengurangkan masalah jantung, barah kolon dan diabetes.

Sumbernya:-
Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.



Folate

Kenapa diperlukan?
√ Untuk membantu tumbesaran dan pembahagian sel.
√ Mengurangkan risiko kecacatan semasa bayi dilahirkan.
√ Penting untuk sel darah merah.
√ Diperlukan untuk pembentukan asid amino.

Sumbernya:-
Sayuran berdaun hijau, kekecang kering, hati, haiwan ternakan, bijirin yang diperkaya dengan oren.



Glukosa

Kenapa diperlukan?
√ Gula ringkas yang merupakan sumber utama tenaga dalam tubuh.

Sumbernya:-
Semua jenis karbohidrat yang dipecahkan kepada gula ringkas dan diangkut sebagai glukosa dalam darah. Karbohidrat boleh didapati dalam buah-buahan, sayuran, bijirin dan produk tenusu.



Iodin

Kenapa diperlukan?
√ Menghasilkan hormon tiroid yang mengawal metabolisme.

Sumbernya:-
Udang kara, udang kecil, roti dan susu.



Zat Besi

Kenapa diperlukan?
√ Menghasilkan hemoglobin dalam darah dan myoglobin dalam otot ysng berfungsi membekalkan oksigen kepada sel-sel tubuh.

Sumbrnya:-
Daging, ikan, haiwan ternakan, telur bijirin dan sayuran berdaun hijau.

#NOTA:- Zat besi tambahan walaupun dalam amaun yang kecil boleh menjadi toksik kepada kanak-kanak.



Protein

Kenapa diperlukan?
√ Untuk memastikan tubuh dapat menjalankan segala fungsinya dengan baik.

Sumbernya:-
Daging, telur, produk tenusu, kekacang, bijirin dan sayur-sayuran.


Florida

Kenapa diperlukan?
√ Untuk kesihatan gigi.

Sumbernya:- 
Teh, ikan bersamatulangnya dan makanan yang diproses.



Zink

Kenapa diperlukan?
√ Penting untuk tumbesaran yang normal dan sistem imun tubuh.
√ Membantu mengekalkan tahap kesihatan kulit, rambut dan tulang.

Sumbernya:-
Daging, hati, tiram dan produk tenusu.



Kolestrol

Kenapa diperlukan?
√ Bagi membena sel-sel membran dan hormon.LDL yang didikenali sebagai Low DencityLipoprotein, yang dianggap sebagai kolestrol jahat kerana jika terlalu banyak dalam tubuh boleh menyebabkan masalah jantung.
√ Makanan yang HDL atau High Density Lipoprotein adalah kolestrol baik kerana membantu menghapuskan LDL.

Sumbernya:-
Daging, ayam, haiwan ternakan, ikan, produk tenusu dan telur.


   Kini Shaklee telah memudahkan anda untuk melengkapkan kekurangan nutrisi dengan pelbagai sepleman tambahan. Ia berbentuk tablet, softgel, capsule, serbuk dan jus yang mudah diambil. Ia juga dibotolkan dan bibungkus mengikut nutrisi. Jadi anda boleh anda boleh memilih mana-mana supleman Shaklee untuk mengisi keperluan nutrisi anda. Anda boleh dapatkan bekalan dan produk-produk Shaklee dengan kami melalui talian:-

Call/ wassp/ sms
011-23373164 yuzie
017-2365486 alynn
FB: Ayuzie Yuzie
       Lily Alynn
IG: ayuzieyuzie







Nota:- kredit artikel dari majalah Pa&Ma
            Kredit imej dari google.





Khamis, 3 September 2015

Tips Turunkan Berat Badan Secara Sihat





  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ini ramai orang yang sedang berusaha untuk kurus atau turunkan berat badan. Ada yang mengamalkan pelbagai petua dan program-program latihan seperti senaman, tahan lapar dan sebagainya. Apa yang mereka harapkan adalah dengan melakukan  semua aktiviti itu dapat turunkan berat badan dalam satu tempoh masa yang singkat. Kadang-kadang ia juga menyebabkan tekanan kepada individu tersebut. oleh itu, disini saya nak kongsi beberapa cara diet secara sihat. Ini adalah bertujuan untuk membantu dan membimbing anda diluar sana tentang cara yang betul untuk turunkan berat badan dengan cepat. Disamping itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu fahami mengenai penurunan berat badan dengan cepat dan selamat. Antara amalan yang boleh dilakukan untuk kurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat adalah seperti berikut.



1. Kurangkan berat badan dengan diet yang seimbang.
Apa yang anda boleh lakukan ialah rancang jadual pemakanan dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa membahayakan kesihatan.







Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.
  • Jangan melangkau waktu makan
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
  • Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
  • Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.
2. Perlu Aktif Bergerak.
Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan, anda tidak perlu melakukan sukan yang berat seperti olah raga sebagai aktiviti harian anda untuk buatkan anda rasa segar dan cergas. Tetapi anda boleh melakukan aktiviti yang anda suka supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang kali dan anda tidak mudah bosan. Antara aktiviti yang disarankan adalah bermain futsal bersama rakan-rakan ataupun anda boleh berbasikal bersama keluarga sambil santai bersama orang tersanyang. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat kurangkan berat badan malah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan rakan. Aktiviti ini anda boleh lakukan 3 kali dalam seminggu.







3. Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda
Memakan makanan yang seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat. Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memuatkan makanan-makanan berikut ke dalam menu harian anda:
  • Bijian oat
  • Epal
  • Telur
  • Halia
  • Kekacang
  • Sayuran hijau
  • Ubi
  • Coklat hitam (dark chocolate)
4. Kira jumlah kalori
Apabila anda mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari ia dapat membantu anda untuk merancang pemakanan yang lebih berkesan. Sepertimana yang kita tahu jumlah kalori individu adalah berbeza dan ia akan berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga boleh merujuk kepada pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam target penurunan berat badan supaya anda dapat turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tidak membebankan anda. Anda juga perlu memilih kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang supaya
5. Hindari kalori dalam minuman.
   Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk turunkan berat badan. Anda perlu menggantikan minuman manis seperti tea ais, milo, nescafe dan minuman ringan yang lain demgan minuman bebas gula. Dengan cara ini anda dapat kurangkan berat badan anda senayak 10 kg dalam tempoh 2 bulan.




  Shaklee juga ada menyediakan suplemen until mengurangkan berat badan. Antaranya yang hot adalah ESP ( Energy Soy Protien ). Ia adalah makanan tambahan Yang berkhasiat dan mengenyangkan. Dengan pengambilan pads waktu pagi sebagai sarapan ia membuatkan and a kenyang hingga tengahari dan petang. Terdapat juga suplemen lain until menurunkan berat badan mengikut bajet anda. Cuma bulan September ni shaklee menawarkan Esp pada harga promosi.

Dapatkan produk-produk shaklee anda denagn kami sid yang berdaftar. And a boleh hubungi kami:-

011-23373164 yuzie
017-2365486 alynn
FB:- Ayuzie Yuzie
        Lily Alynn
IG:- ayuzieyuzie