Selasa, 8 September 2015

Kenali Nutrisi Penting Sepanjang Hamil

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khanar korang semua? De ibu yang sedang hamil tak?. Arini saya nak share pasal nutrusi yang penting sepanjang kehamilan. Anda sedia maklum, makanan sihat sangat penting. Apatah lagi bila sedang hamil. Ini kerana makanan yang anda ambil amat besar ertinya buat pertumbuhan dan perkembangan si manja. Sebaik sahaja kandungan masuk trimester kedua, pertumbuhan janin mula berkembang pesat terutamanya otak si manja. So anda memerlukan gizi seimbang yang optimum.
  
   Amalan pemakanan yang buruk dapat menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Bukan pada anda sahaja malah bayi juga. Si ibu mungkin menderita anemia dan kurang khasiat makanan. Bayi pula mungkin akan lahir dengan berat badan yang rendah atau lahir pra matang. Atau lebih buruk lagi bayi tak sempat dilahirkan akibat keguguran. Jika selama ini anda sudah biasa dengan pola makan yang tak sihat, jangan risau. Belom terlambat lagi untuk mengubah tabiat itu.

   
 KARBOHIDRAT

   Sumber makanan ini sangat penting bagi menghasilkan tenaga bagi mennghasikkan tenaga yang diperlukan tubuh. Namun, ia perlulah diambil dalam jumlah yang sederhana. Manakala pelbagai jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, miniral dan serat seperti roti, mee, pasta, kekacang, sayuran berkanji ( kentang) dan karbihidrat ringkas seperti buah-buahan, susu, produk tenusu dan sayu-sayuran. Kekurangankarbihidrat bole menyebankan anda kelesuan dan letih apatah lagi ketika sarat mengandung.



PROTEIN

Protein yang turut dikenali sebagai sumbet zat pembangun dapat diperoleh daripada daging lembu, ayam, ikan, makanan laut, telur putih, susu dan kekacang. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengambil protein yang kurang berlemak. Tanpa protein yang mengcukupi terutamanya sumber ikan, anda sukar untuk memperolrh kebaikan asid lemak yang baik untuk perkembanan otak janin.



BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN.

   Kedua-dua jenis makanan ini sangat kaya dengan serat. Pengambilannya dalam jumlah yang seimbang dapat membantu anda mengelakkan diri daripada mengalami masaah sembelit yang biasa terjadi kepada ibu hamil. Kandungan vitamin yang terdapat dalam buah dan sayurdapat membantu penyerapan zat besi. Namun , elakkan daripada memilih buah dan sayuran yang dikatogerikan sebagai " sejuk" dan " tajam".



AIR

Pengambilan sumber air tidak kiralah air kosong, susu, sup atau sebagainya perlulah dalam anggaran 8 ke 9 gelas sehari. Akan tetapi tambahkan jumlah pengambilannya jika berhadapqn dengan cuaca yang panas. Air amat penting bagi mengelakkan anda mengalami dihedrasi yng juga menjadi punca pandangan anda menjadi kabur untuk tempoh tertentu.



ZAT BESI.

   Sumber makanan ini amat anda perlukan bagi menghindar diri daripada amenia. Tanpa zat besi yang cukup , tubuh tidak dapat membuat sel-sel darah merah dan jaringan tubuh serta organ tidak akan mendapat oksigen yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.  Jumlah keperluan harian adalad 27 hingga 30 mg besi. Zat besi daripada haiwan lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding dari buah dan sayuran. 



KALSIUM.

   Amat dioerlukan untuk pertumbuan tulang dan gigi janin serta melindungi anda darioada  osteoporosis dan gigi yang rapuh. Jika keperluan kalsium bayi tak mencukupibbmaka bayi akan menyerapnya dari tulang anda. Sumber yang kaya dengan sayuran hijau , kekacang, susudan produk tenusu. Anda memerlykan sekhrang-kurangnya 1000 - 1500 mg kalsium setiap hari. Ambillah sekurang-kurangnya 4 gelas susu sehari untuk memperoleh bekalan kalsium mencukupi.



ASID FOLIK.

   Banyak terdapat pada sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam dan brokoli. Keperluan asid folik ialah 400mcg terutamanya di 12 minggu pertama kehamilan.kekurangannasid folik boleh menganggu perkembangan otak dan spina bifida bayi.




VITAMIN B KOMPLEKS.

Sumber makanan ini berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung.agar dapat berfungsi dengan normal. Vitamin B ini juga dapat membantu mengatasi sterss dan kemurungan.Ia juga dapat ditemiu dalam biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran, telur dan produk tenusu.






VITAMIN D.

Amat baik dalam pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.






VITAMIN E.

Dalam usaha membentuk sel darah merah yang sihat, makanlah gandum, kekacang  dan sayuran hijau.







Kedapa sesiapa yang ingin membeli produk-produk shaklee, anda boleh hubungi kami di talian:-

011-23373164 yuzie
017-2365486 alynn

FB:- Ayuzie Yuzie
        Lily Alynn
IG:- ayuzieyuzie








Kredit artikel dari:- Majalah Pa&Ma
                                    (Pandangan dari Datin Farah Diba Khan)
                                     Ketua Pakar Diet Di Prince Court Medical Center K.L
Kredit imej:- google




   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan