Arini saya nak kongsi pasal pengasas Shaklee.
Dr. Forrest C Shaklee mengsaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan jesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabundkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature.
Sejarah Shaklee
Pngasas shaklee :- Dr. Forrest C Shaklee
Berpenang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk suplement dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep "Mencipta kehidupan yang lebih baik".
Sejarah Dr.Forrest Clell Shaklee.
Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Lowa. sewaktu beliau dilahirkan, Beliau disahkan menhidap penyakit Tuberculosis( batuk kering).Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.
Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Lowa kerana mereka percaya rawatan terbaikuntuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta reaht yang mencukupi.
Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan mermerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit Tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetep tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia denganya.
Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner
Forrest shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFaddendalam majalah "Phycial Magazine" yang mengatakan "dadah (ubat) hanyalah menutup simtom,tanpa mengubati pebyakit". Beliau tahu bedasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.
Forrest Shaklee kemudianya mendaftar masuk ke PalmerSchool of Chiropractic yang diketuai oleh B.J.Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.
Langkah Pertama sebagai Seorang Nutritionist.
Produk Pertama Shaklee
Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian siantifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya namakan "Vitalized Minirals" yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.
![]() |
Vita-Lea pada tahun 1915. Berbentuk sirap atau jus. |
![]() |
Wajah Terbaru Vita-Lea.Diubah kepada capsul. |
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Lowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan.Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractic, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitaamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.
Dr. Shaklee diuji dengan kenser
Disamping menguruskan pusat rawatan beliau,Shaklee juga banyak menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.
Shaklee akhirnya berjumpadengan seorang pakar kenserdi Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kenser. Pakar tersebut percaya sel kenser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kenser.
Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor meda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang sebang mengandung dan seorang anak. Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa 'dikudungkan'. Beliau memberitahu isterinya "saya akan hipup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukanya." Beliau percaya beliau boleh bergantung kepada kuasa penyembuhan secara semulajadi.
Dr. Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi.
Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplement dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya kenser beliau tidak menunjukan sebarang tanda-tanda positif, namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranyabeliau terus berfikiran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.
Pada penghujung tahun 1922, kenser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nitrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kenser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk terut sihat.
![]() |
Kini Vita-Lea sudah diperbarui untuk kanak-kanak. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan